Makluman
Image Banner

IMBASAN MESYUARAT WARDEN & UNIT DAPUR (PERSIAPAN RAMADAN 2026) 📝

Pada hari Selasa (17/2/2026) yang lalu, satu mesyuarat telah berjaya dilaksanakan bertempat di Wisma Al Firdaus melibatkan semua warden dan petugas unit dapur.
Fokus utama perjumpaan ini adalah untuk memantapkan persediaan menjelang Ramadan, khususnya dalam aspek penyediaan minuman berbuka dan sahur bagi pelajar. Selain itu, perkara berkaitan cuti mingguan dan jadual tugasan warden juga telah diselaraskan dengan baik demi kebajikan bersama.
Semoga segala perancangan yang telah dipersetujui ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Terima kasih atas komitmen anda semua!
LAGI

MESYUARAT GURU

Alhamdulilah, telah selesai berlangsung Mesyuarat Guru yang diadakan pada:
• Tarikh: Isnin (16/2/2026)
• Masa: 2.00 Petang (Waktu Manzil)
Mesyuarat Guru
Alhamdulillah, telah
• Tempat: Pejabat Warung
Mesyuarat ini telah membincangkan pelbagai agenda penting sebagai persiapan rapi menjelang Ramadan yang bakal tiba. Antara perkara yang telah diselaraskan termasuklah:
• Cuti minggu dan pengajian sepanjang bulan Ramadan.
• Pembentukan kumpulan tadarus serta penyusunan jadual Imam.
• Penetapan jadual bertugas guru.
Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama. Sepanjang mesyuarat berlangsung, kelas petang telah dipantau sepenuhnya oleh warden di maahad masing-masing.
LAGI

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SOUTHERN VOLUNTEERS SIMPANG RENGGAM

Pihak Maahad Tahfiz Nur Syafaat ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pasukan Southern Volunteers Simpang Renggam atas bantuan dan sokongan yang diberikan sebentar tadi.
Kehadiran dan keprihatinan pihak tuan/puan dalam membantu urusan di Maahad kami amatlah bermakna, terutamanya dalam fasa kami menguruskan pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan pelajar di sini.
Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi buat masyarakat luar sana untuk terus menyokong institusi pendidikan agama.
"Bersama Membina Generasi Al-Quran"
LAGI

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗔𝗦𝗜𝗡 & 𝗧𝗔𝗛𝗟𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗧𝗡𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

 
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Perdana Ambang Ramadhan Mingguan MTNS telah selesai dengan lancar pada hari Jumaat, 10 Januari. Syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran majlis dan kehadiran yang sangat memberangsangkan.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada:
👨‍👩‍👧‍👦 Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada program-program MTNS
📖 Penceramah jemputan, Ustaz Hazim Hazmi, atas ilmu dan nasihat yang bermanfaat
🌟 Anak-anak pelajar yang hadir dengan semangat dan adab yang baik
🍲 Unit Dapur yang menyediakan hidangan lazat dan menyempurnakan majlis dengan penuh kasih sayang
Semoga kehadiran kita ke majlis ilmu ini menjadi asbab keberkatan hidup kita semua.
Rasulullah SAW bersabda, “𝘉𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘮𝘱𝘶𝘩 𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘭𝘮𝘶, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘫𝘶 𝘴𝘺𝘶𝘳𝘨𝘢.” (HR Muslim).
Moga kita terus istiqamah dalam menghadiri majlis ilmu dan diberikan taufik serta hidayah oleh Allah SWT.
𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙏𝙐 𝙈𝙀𝙇𝘼𝙃𝙄𝙍𝙆𝘼𝙉 𝙂𝙀𝙉𝙀𝙍𝘼𝙎𝙄 𝘼𝙇 𝙌𝙐𝙍𝘼𝙉
LAGI

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BARISAN TERTINGGI

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas berlangsung dan selesainya dengan jayanya
Majlis Watikah Pelantikan Barisan Tertinggi
Maahad Tahfiz Nur Syafaat Sesi 2026.
Semoga kehadiran barisan kepimpinan yang dilantik ini menjadi asbab pengukuhan saf,memperteguh hala tuju pentadbiran serta menyuburkan lagi usaha melahirkan generasi pencinta dan pewaris al-Quran.
✨ Dengan penuh amanah dan tanggungjawab, kami memperkenalkan:
Barisan Penasihat Maahad Tahfiz Nur Syafaat
Imam Haji Sumari bin Parman
Ustaz Mohd Hazuan bin Hazmi HazHazuan Hazmitaz Mohd Hazim bin Hazmi HazHazuan Hazmiudir Maahad Tahfiz Nur SyaWarung Nur Syafaat Ustaz Umar Suhail bin Mohd Hakim
Mudirah Maahad Tahfiz Nur Syafaat
Ustazah Nur Fatin Najihah binti Othman
Mudah-mudahan setiap amanah yang digalas diberkati Allah SWT,
dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kebijaksanaan dalam memimpin serta menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
Aamiin Allahumma Aamiin
LAGI

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗡𝗨𝗥 𝗦𝗬𝗔𝗙𝗔𝗔𝗧

Dengan penuh kesyukuran, Maahad Tahfiz Nur Syafaat mengumumkan pelantikan jawatan bagi memperkukuh pentadbiran dan pengurusan institusi. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan membawa kebaikan berterusan kepada maahad, para pelajar serta ummah seluruhnya.

LAGI

PENGHARGAAN DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH BARISAN GURU SERTA STAF MAHAAD TAHFIZ NUR SYAFAAT

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan guru serta staf Mahaad Tahfiz Nur Syafaat atas segala jasa, khidmat bakti, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2025.
Segala usaha, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik, membimbing serta mengurus para pelajar sepanjang tahun ini amatlah dihargai. Setiap tenaga, masa dan ilmu yang dicurahkan menjadi asbab kepada kejayaan serta pembentukan sahsiah pelajar-pelajar maahad.
Semoga segala kebaikan yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan di Mahaad Tahfiz Nur Syafaat menjadi amal jariah, diberkati oleh Allah SWT dan dibalas dengan ganjaran yang terbaik di dunia dan di akhirat.
Akhir kata, terima kasih atas kebersamaan, kesetiaan dan dedikasi yang tidak ternilai. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keikhlasan dalam meneruskan amanah mendidik ummah.
والله الموفق والهادي إلى سواء السبيل
BERSATU MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN
LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan